Sep 20, 2014

Minggu 2

Untuk minggu ini.. minggu ke dua - kumpulan kami kena wat presentation ..siap siaga sudah..walaupun ilmu  dalam bidang ni agak nipis..tp lepas baca2 bahan tuk slides..pemahaman pun cam da paham sket2...alhamdulilah.....tapi  presentation di tunda ke minggu ketiga ...

Untuk minggu ni..Kelas kami bermula dengan sesi pengenalan kepada jenis-jenis kamera di bilik photoshoot ..bersama En Puat...wah..teruja ok...tgk  jenis2 kamera2 yang ada atas  meja ..terlalu teruja sampai x bawak handphone tuk ambik gambar time kelas tu... ...En Puat memang sangat berilmu mengenai kamera dan untuk sesi trip boleh membuat pinjaman kamera denga beliau.

En Mohd Pu'at b Ahmad
Wah tambah teruja pasal dapat tgk  " live" kamera dua lensa...tersuka la plak kat kamera tuh..
(note: semua gambar dalam entry ni adalah bersumberkan dari internet ).



kamera pujaan hati -Kamera Twin Lens 

Selama satu jam ,kami semua telah di beri penerangan mengenai evolusi kamera - ciri-ciri , harga serta  kelebihan dan kekurangan sesebuah kamera . Bagi saya yang kurang pengetahuan dalam bidang ini , memang mengujakan dengan maklumat-maklumat yang di kongsi oleh En Puat. Ada kamera yang mencecah 80 K dan 28 K wawawawaa...droolll......

Hasil penerangan En Puat memberi lagi maklumat  kepada saya berkaitan dengan bahan presentation kumpulan kami.

Antara highlight dari En Puat yang saya tulis :




  • Kamera pujaan hati -Fungsi dua lensa ialah satu untuk fokus (bahagian atas) dan satu lagi untuk rakam gambar (bahagian bawah).
  • Tahun 1996 bermulanya  era digital , kamera menggunakan hard disk dan batteri biasa.
  • Teknologi kamera untuk analog adalah CCD manakala untuk digital adalah CMOS.
  • Kamera analog  SLR - tiada skrin kecil dibelakang kamera ,hasil imej yag terhasil adalah      WYSIWYG (What You See Is What You Get) dan fungsi kamera perlu di buat secara manual. 
  • Kamera SLR menggunakan filem . Kesesuaian filem mengikut jenama adalah seperti berikut :



  • Sesuai untuk "Skin Tone"






    Sesuai untuk "landscape"





     Sesuai untuk "langit yang biru"








    Sesuai digunakan di negara eropah "warm color" (merah)



    Untuk kamera digital pula,-DSLR .Terdapat 3 asas yang penting untuk penggunaan DSLR iaitu :

    • Aperture - kawal jumlah cahaya dan kedalaman mega fokus

    "Big Number : Small Opening, 
    Small Number  : Big Opening"
         

    • Shutter Speed -kawal masa (1= 1 saat)
            No 1 hingga 1/30  saat (Speed Rendah - Wajib pakai Tripod)
            No 60 hingga 1/25 saat (Speed Sederhana - Boleh pakai tangan)
            (Note: 1/25 : sama dengan kerlipan mata)

     note: saya bercita2 nak posing cmni

    •  ISO - menentukan kualiti gambar 
              " ISO  high , Image Quality Drop
               ISO low , Image Quality High"

    -


    En Puad juga memberikan tips-tips yang berguna untuk subjek ini iaitu:
    • Untuk kamera digital- teknologi dan saiz imej sensor yang lebih besar  adalah penting selain daripada kamera resolusi. 
    • Kamera digital dan simbol +/- iaitu metering reader
                  >+ = terlalu terang
                 >- = terlalu gelap
    • Kamera D1H -untuk profesional
    • Kamera Dx - tidak full frame , sekiranya ada digit contoh D1 dan seterusnya ianya adalah full frame.
    Sebelum bersurai ke kelas, En Puad memberitahu mengenai pinjaman kamera UTM kepada pelajar-pelajar. Terdapat dua jenis kamera iaitu D3100 (fungsi video dan imej) dan D3000 ( imej sahaja). Beliau juga memberitahu mengenai kelas khas sebelum sesi photo shooting nanti. Pelajar-pelajar perlu memilih hari untuk sesi kelas khas ini bersama En Pu'ad dalam kumpulan.