Untuk minggu ni..Kelas kami bermula dengan sesi pengenalan kepada jenis-jenis kamera di bilik photoshoot ..bersama En Puat...wah..teruja ok...tgk jenis2 kamera2 yang ada atas meja ..terlalu teruja sampai x bawak handphone tuk ambik gambar time kelas tu... ...En Puat memang sangat berilmu mengenai kamera dan untuk sesi trip boleh membuat pinjaman kamera denga beliau.
En Mohd Pu'at b Ahmad |
(note: semua gambar dalam entry ni adalah bersumberkan dari internet ).
kamera pujaan hati -Kamera Twin Lens |
Selama satu jam ,kami semua telah di beri penerangan mengenai evolusi kamera - ciri-ciri , harga serta kelebihan dan kekurangan sesebuah kamera . Bagi saya yang kurang pengetahuan dalam bidang ini , memang mengujakan dengan maklumat-maklumat yang di kongsi oleh En Puat. Ada kamera yang mencecah 80 K dan 28 K wawawawaa...droolll......
Hasil penerangan En Puat memberi lagi maklumat kepada saya berkaitan dengan bahan presentation kumpulan kami.
Antara highlight dari En Puat yang saya tulis :
Sesuai untuk "landscape"
Sesuai untuk "langit yang biru"
Sesuai digunakan di negara eropah "warm color" (merah)
Untuk kamera digital pula,-DSLR .Terdapat 3 asas yang penting untuk penggunaan DSLR iaitu :
- Aperture - kawal jumlah cahaya dan kedalaman mega fokus
"Big Number : Small Opening,
Small Number : Big Opening"
- Shutter Speed -kawal masa (1= 1 saat)
No 60 hingga 1/25 saat (Speed Sederhana - Boleh pakai tangan)
(Note: 1/25 : sama dengan kerlipan mata)
note: saya bercita2 nak posing cmni |
- ISO - menentukan kualiti gambar
" ISO high , Image Quality Drop
ISO low , Image Quality High"
En Puad juga memberikan tips-tips yang berguna untuk subjek ini iaitu:
- Untuk kamera digital- teknologi dan saiz imej sensor yang lebih besar adalah penting selain daripada kamera resolusi.
- Kamera digital dan simbol +/- iaitu metering reader
>- = terlalu gelap
- Kamera D1H -untuk profesional
- Kamera Dx - tidak full frame , sekiranya ada digit contoh D1 dan seterusnya ianya adalah full frame.
Sebelum bersurai ke kelas, En Puad memberitahu mengenai pinjaman kamera UTM kepada pelajar-pelajar. Terdapat dua jenis kamera iaitu D3100 (fungsi video dan imej) dan D3000 ( imej sahaja). Beliau juga memberitahu mengenai kelas khas sebelum sesi photo shooting nanti. Pelajar-pelajar perlu memilih hari untuk sesi kelas khas ini bersama En Pu'ad dalam kumpulan.